Ujian Ramadan, Wanita Jumpa Duit Dalam Tandas | Seorang wanita terkejut apabila menemui duit hampir RM5,000 di dalam tandas.
Zaty Sody yang tergamam dengan penemuan itu membut keputusan yang sangat sukar bagi seseorang yang menemui sejumlah besar wang dalam hidupnya. Ditambah lagi, tiada seorang pun di situ ketika itu.
Ikuti kisah ujian bulan puasa Zaty di bawah ini.
Hari ini 25/6/2015, lebih kurang jam 11.30 malam. Aku baru lepas jumpa kawan-kawan, dalam perjalanan balik rumah aku singgah buang air kat Petron Batu Burok, Kuala Terengganu. Aku seorang diri.
Dah kalut masuk tandas tak perasan pulak ada ‘something’ kat sinki, nak keluar baru perasan ada dompet biru ni.
Ya Allah ujian ke dugaan ni? monolog sorang kejap. Teringat pesan mak, jangan ambil harta orang, esok-esok tak tahu Tuhan ambil macam mana milik kita. Memang amal ibadat aku kurang, aku tak alim, aku tak fasih agama tapi aku takut kalau satu hari nanti Tuhan ambil milik aku. Milik aku tak semestinya duit/harta sahaja, boleh jadi apa sahaja.
Aku gali-gali dalam beg cari no. telefon mula-mula tak jumpa, jumpa buku akaun Tabung Haji je, owner baru keluarkan duit RM4.5k hari ni. Blur kejap tak tahu nak bertindak macam mana.
Telefon mak. Mak suruh cari resit-resit mana tahu jumpa no. telefon. Alhamdulillah jumpa resit bil telefon. Terus call owner, tunggu dia datang ambil. Lega
Mak cakap ni memang ujian untuk aku. Tahun lepas aku pernah jumpa cincin emas dalam toilet Shell Pulau Kambing. Tapi aku tinggal je sebab tak tahu nak serah kat siapa. Biarlah owner dia datang cari sendiri.
Lawan nafsu diri sendiri adalah lebih menakutkan. Sumpah.
Bagaimana dengan kisah kejujuran beliau? Adakah ia memberi inspirasi kepada anda? Atau mungkin juga anda fikir dia ini terlalu menunjuk-nunjuk kebaikan.
Menerusi media sosial, pelbagai reaksi yang dipaparkan oleh netizen. Ada yang memuji dan ada juga yang memberikan komen negatif.
0 comments:
Post a Comment