Ashraf Sinclair Minta Orang Ramai Berhenti Hantar Nasihat, Guna Agama
Gambar percutian Ashraf Sinclair dan isterinya, Bunga Citra Lestari ke Greece baru baru ini rupa rupanya mengundang kritikan ramai apabila ianya dianggap terlalu seksi dan tidak selari dengan apa yang dituntut agama lebih lebih lagi kedua duanya beragama Islam.
Ramai yang mengirimkan nasihat dan kritikan melalui ruangan komen di sosial media terutamanya di akaun Instagram kedua dua mereka dengan niat supaya mereka berdua berubah dan tidak lagi mengirimkan gambar seksi serta tidak menutup aurat.
Menerusi komen terbaru di Instagram, Ashraf Sinclair telah meminta mereka yang berbuat demikian untuk berhenti kerana apa yang dilakukan adalah untuk dirinya sendiri dan juga meminta untuk semua supaya jangan menyorok di sebalik alasan agama dalam memberikan nasihat.
“Guys, stop posting your advice. I don’t know you and you don’t know me. What I do is for me. If you don’t like, don’t or get blocked. This is me asking nice. And don’t hide behind religian. Religion is between you and God, me and God,” tulis Ashraf Sinclair baru baru ini.
Mungkin Ashraf Sinclair lebih maksudkan dengan ‘nasihat’ yang berbaur negatif atau terlalu keras untuk diterima oleh sesiapa pun. Orang ramai pun jika mahu berikan nasihat, ada eloknya dengan berhemah tanpa menyinggung perasaan sesiapa, mereka juga manusia biasa ‘kan?
0 comments:
Post a Comment