KFC Jawab Isu Tikus Goreng




Isu Tikus Goreng, Apa Jawapan KFC California | Viral di media sosial pada 11 Jun 2015 lalu apabila seorang lelaki, Dixon memuatnaik gambar Kentucky Fried Chicken (KFC) California yang didakwa menghidangkan tikus goreng yang telah dipesan olehnya.

Lelaki terbabit, Devorise Dixon memuatnaik gambar dan video yang mendakwa KFC memberikan tikus goreng kepadanya dan akhirnya mendapat perhatian seluruh dunia.

Jika anda lihat akaun facebook Dixon, anda pasti akan dapat melihat betapa ramai yang mengambil berat akan isu tikus goreng KFC yang dialami olehnya.

Menerusi akaun Facebook rasmi KFC California, ramai netizen yang bertanyakan akan hal terbabit. Bagaimanapun, KFC California menafikan menghidangkan tikus goreng kepada lelaki berkenaan.

“Sehingga kini masih tiada sebarang bukti berkenaan dengan dakwaan itu. Kami juga telah bersetuju untuk menjalankan pemeriksaan terhadap produk yang didakwa sebagai tikus goreng, di atas perbelanjaan kami sendiri.

“Namun, Dixon (pelanggan) enggan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kami,” kata jurucakap KFC kepada laman USA Today.

Dixon juga disyaki seperti sengaja mengada-adakan cerita tikus goreng KFC dan sekaligus mencetuskan kontroversi untuk menjatuhkan KFC.

Kesimpulannya, kisah tikus goreng yang digembar-gemburkan olehnya tidak boleh dipercayai sama sekali dan palsu.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment