Discovery Channel Cuba Bongkar Misteri Kehilangan MH370 Secara Eksklusif
Pada 8 Mac yang lalu negara digemparkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 yang masih lagi belum ditemui dan menjadi tanda tanya walaupun sudah lebih sebulan misi mencari dan menyelamat dijalankan.
Meskipun masyarakat dan ahli keluarga mangsa terutamanya sudah mula pasrah dan redha dengan sebarang kemungkinan yang terjadi namun jauh di sudut hati mereka masih mengharapkan jawapan konkrit di sebalik kejadian ini.
Umum tahu bahawa pihak berkuasa Malaysia masih lagi meneruskan siasatan sambil dibantu beberapa negara lain, namun terdapat juga spekulasi palsu bertebaran hingga mengganggu pihak-pihak tertentu.
Oleh itu, sebuah rancangan televisyen yang berkisarkan program-program dokumentari, Discovery Channel telah mengumpulkan beberapa pakar penerbangan dan keselamatan handalan bagi membincangkan tentang persoalan utama yang boleh menjadi punca kepada kehilangan MH370.
Bagi mencari jawapan sahih, pakar-pakar mengenalpasti tujuh petunjuk utama antaranya seperti keselamatan lapangan terbang, kawalan trafik udara, sistem komunikasi di dalam kapal terbang, masalah teknikal, pengesan radar dan satelit, kerjasama antarabangsa dan kotak hitam.
0 comments:
Post a Comment