Permaisuri Johor, Raja Zarith Sultan Idris Shah hari ini memberi penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan dua penjaga anakandanya Almarhum Tunku Jalil Ibni Sultan Iskandar ketika Almarhum menghidap penyakit kanser hati sejak Ogos 2014.
Tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penjaga yang dikenali sebagai Amy dan Sabrina itu, di sampaikan melalui status Facebooknya itu mendapat perhatian orang ramai terutamanya dalam kalangan rakyat Johor sendiri.
Terima kasih kepada Amy dan Sabrina, pasangan yang telah menjaga anakanda kami
Mereka jugalah yang akan bersama Almarhum di semua hospital apabila Almarhum dimasukkan ke wad
Walaupun saya kerap menyuruh mereka untuk mengambil cuti…Mereka akan menolak
Terima kasih, Amy & Sabrina.
Sumber: Ohbulan
0 comments:
Post a Comment