(2 Gambar) AKHIRNYA TERBONGKAR! Punca Sebanar Ibu Menyembelih Anak Sendiri Di Sungai Petani, Kedah
Sungai Petani, 1 Dis: Dua adik beradik lelaki yang masing-masing berusia dua dan lima tahun maut dipercayai disembelih oleh ibunya sendiri di kediaman mereka di Taman Wira Indah, Sungai Petani di sini petang tadi.
Portal berita Harian Metro melaporkan dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, kedua-dua kanak-kanak lelaki itu ditemui di dalam dua bilik tidur mereka dalam keadaan berlumuran darah.
Kedua kanak-kanak terbabit dipercayai disembelih oleh ibu mereka sendiri dengan pisau.
Menurut jurucakap polis, kejadian dilaporkan oleh ahli keluarga lain yang menyedari kejadian.
“Polis yang datang tidak lama kemudian menahan suspek dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan selanjutnya.
“Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah kini sedang menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa,” katanya.
0 comments:
Post a Comment