Memang Celaka Dia Punya Segan – Ucapan Anniversary Lelaki Ini Untuk Isteri



Setelah 10 tahun mendirikan rumahtangga, susah senang semua sudah dihadapinya bersama lelaki ini bagi kredit paling win untuk isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Cara paling sempoi dan tak payah gunakan kapsyen ayat bunga sepertimana orang lain buat, pendek kata sangat ‘Mr Arrogant’, kasar tapi romantik gitew!


Tak ada indoor photo shooting, apatah lagi outdoor photo shooting


Masa kita kahwin;
Kau masih belajar disemester entah berapa
Aku pula di KLCC sebagai seorang eksekutif muda
Itu lah, aku dah pesan jangan ambil diploma
Lambat habis degree dibuatnya
Padanlah muka aku, belanja kahwin kena tanggung semua

Masa kita kahwin;
Kenduri hari sama
Pukul 12 pergi rumah kau
Pukul 2 datang rumah aku
Terkejar kejar ke hilir ke hulu
Kawan kawan makan nasi minyak dua kali
Boleh kenyang sampai esok hari

Masa kita kahwin;
Udang panjat dan ayam golek atas meja pengantin aku rembat dulu
Kau bisik “Abang ni, makan macam tetamu!”
Aku jawab “Ini kenduri kahwin aku, lauk yang sedap dan power memang la aku sapu dulu!”
Kau bisik lagi “Lengan baju melayu tu kena sambal siakap tiga rasa”
Aku jawab lagi “Biarkan, ini kan kenduri kita?”

Masa kita kahwin;
Tak ada photographer bawa gadget Nikon Canon bersilang bergantung di leher di bahu, tak ada indoor photo shooting, apatah lagi outdoor photo shooting
Acara photo shooting pun kita tak pedulikan apa benda
Yang kita ada cuma seorang pakcik tua, dengan kamera filem cuci design lama, ambil gambar klik klik klik
Hasil gambar gambarnya, MasyaAllah! Memang tak lawa, bukan kata nak tunjuk ke orang, kita nak tengok sendiri pun tak berapa selera
Tapi tak apa, tak ada gambar beriya
Kita steadykan saja

Masa kita kahwin; Memang celaka dia punya segan


Masa kita kahwin;
Menikah malam di rumah kau
Aku bergaya pinjam kasut sarung ayah
Yakin masuk ke rumah, bersila salam tok kadi, sekali lafaz selesai Alhamdulillah
Tak sedar pulak stoking koyak sebelah
Memang celaka dia punya segan
Kau tanya “Takkan abang tak perasan?”
Aku jawab “Stoking pergi kerja hari hari tu, ahhh persetankan!”

Masa kita kahwin;
Seluar Dockers bundle jadi hantaran
Kau tanya sambil cebik muka “Kenapa kita tak beli yang baru saja?”
Aku jawab dengan senyum gembira “Bundle ni banyak berjasa, apa salah kita raikan dia di hari paling bahagia?”

Masa kita kahwin;
Aku memang minta air CocaCola
Ayah kata, tak sesuai dengan tekak orang tua
Ibu kata kita buat air kenduri yang biasa biasa saja dah la
Kau pula kata janganlah buat kerja gila
Aku turut dalam paksa rela

Masa kita kahwin;
Tak terfikir nak honeymoon ke mana
Tak terbincang nak duduk rumah macam mana
Tak peduli apa jenis kereta yang kita ada
Yang kita tahu cuma nak hidup bersama membina keluarga

Setelah lama;
Waktu menjadi guru paling bermakna
Waktu mendidik kita menjadi pasangan dewasa
Mengajar yang hidup ini tidak akan pernah senang tanpa cita cita yang kita tanam
Kita melewati alam berdua, bertiga, berempat, berlima dan sekarang berenam

Setelah lama;
Kita cuma ada satu stroller, satu walker dan satu buaian
Sabar dan gagah mereka bertahan
Menjadi saksi dari anak anak bertali pusat
Hingga semuanya boleh bercakap dan berjalan

Aku Bertukar Kerja Dari Bergaji Kepada Berniaga


Setelah lama;
Aku bertukar kerja dari bergaji kepada berniaga
Kau kata “Ok bang, buatlah apa yang abang fikir dan rasa”
Kemudian kau pula tanya “Boleh ke kalau saya nak berhenti kerja cikgu dan duduk rumah sepenuh masa?”
Aku jawab “Itulah yang paling power, silakan bagi notis lusa”
Kita layan, steadykan saja

Setelah lama;
Bermula dengan 1, 2, 3 dan seterusnya
Hari ulangtahun pernikahan tidak lebih dari ingatan dan kata kata
Bagaimana kita tuang isi makna sepanjang perjalanannya, itulah yang paling utama
Berdoa memohon Ridho, biar berganti sejadah, telekung, songkok, kopiah
Tetaplah nan satu yang kita pinta
Moga istiqomah dalam bahagia

Setelah lama;
Tuhan memelihara kita dengan kemurahan rezeki dan kurnia
Fateem, Faseeh, ‘Abdullah dan Faqeh, bersama nikmat fana pinjaman dari Yang Maha Esa untuk kita syukuri dan rasa

Dan kalau setiap saat itu cinta
Maka telah kita lalui 315 juta kali cinta
Masih terbilang dengan angka di dunia
Hingga kiraannya lenyap membawa kita ke Syurga.

****
IIla Firdaus
Selamat menyambut hari ulangtahun
perkahwinan yang ke-10!

Sumber : Facebook Fdaus Ahmad
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment