Selepas Ilya Buang, Giliran Jep Pula Akan Meninggalkan Sepahtu


Baru-baru ini pelawak otai Ilya Buang mengejutkan dunia hiburan tanah air selepas mengambil keputusan untuk menarik diri daripada kumpulan Sepahtu dalam persaingan dalam program Maharajalawak Mega 2014.
Terbaru menerusi Instagram milik Siti Sarah Raissuddin juga isteri kepada pelawak Shuib mengesahkan suaminya bakal muncul secara solo selepas Jep terpaksa menarik diri atas masalah kesihatan yang dihadapi.
“Moga ALLAH permudah kan kerja u sayang.. walaupun jep tak dapat bersama u malam ni tapi semangat dia sentiasa ada bersama u sayang.. macam tu jugak dengan i… goodluck @shuibsepahtu get well soon @jepsepahtu..,” luah Sarah menerusi kapsyen foto yang dimuat naik.



Ianya bakal memberi cabaran besar buat Shuib selepas terpaksa mengharungi minggu kesembilan program MLM 2014 secara solo. Lebih-lebih  lagi minggu kesembilan menyaksikan baki lapan kumpulan bakal diuji dengan tema ‘Seram’.
Dalam pada itu, status kesihatan Jep masih menjadi tanda tanya sehingga terpaksa menarik diri di saat akhir.
Kumpulan Sepahtu sebelum ini mengumumkan penyertaan Ilya Buang juga salah seorang bekas ahli kumpulan Senario sebelum terpaksa menarik diri beberapa minggu selepas itu akibat masalah kesihatan sehingga menjejaskan momentum persembahan mereka di pentas MLM 2014.
Jangan lupa untuk menonton program MLM 2014 yang dihoskan oleh Dato’ AC Mizal bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment