Rozana Misbun Puja Patung Kelamin Lelaki Dalam Rumah- Awie


Ckick Gambar Untuk Gambar Lain



#Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan diberitahu isteri kepada penyanyi terkenal Awie iaitu Rozana Misbun telah mengamalkan amalan khurafat sepanjang sembilan tahun perkahwinan mereka

Peguam Syarie yang mewakili Awie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memberitahu mahkamah anak guamnya mempunyai bukti kukuh bahawa Rozana seorang pengamal perkara syirik dan khurafat dengan penemuan beberapa barang di rumah kelamin mereka di Ukay Bestari di Ampang.

Mohd Zaidi menyatakan anak guamnya menemui barang-barang seperti darah, rambut dan tulang yang diletakkan di dalam botol kecil selain patung kemaluan lelaki diperbuat daripada emas tulen dan patung logam Buddha.

Selain itu, turut ditemui adalah tangkal yang dibungkus dalam kain hitam dan kuning serta tali pusat bayi dan barang-barang lain dibungkus dalam kain dari warna sama.

“Anak guam saya telah menemui sebahagian barang-barang tersebut sebelum responden meninggalkan kediaman mereka dan sebahagian lagi dijumpai setelah responden meninggalkan rumah.

“Barang-barang tersebut telah disorok di bawah tilam, di dalam almari pakaian, ditanam di dalam pasu bunga dan disembunyikan dalam rak barang perhiasan di ruang tamu,” katanya.



SUMBER
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment