Sangkut Kad Bank Di Mesin ATM, Lelaki Ini Di Lempar Kata 'KURANG AJAR' Dari Pengurus Bank


Dipetik dari laman facebook milik Shahrol Nizam.. Menurut beliau, kad ATM beliau tersangkut di mesin ATM dan beliau ingik membuat Kad baru.. Berikut adalah luahan Shahrol Nizam di laman Facebook miliknya beberapa hari lepas..


Pada tarikh 25/11/15 jam lebih kurang 1400 hrs saya telah pergi ke bank simpanan nasioanal cawangan kamunting perak untuk membuat kad atm bsn baru disebabkan kad atm saya telah sangkut didalam mesin atm cawangan kamunting pada tarikh 24/11/15 jam lebih kurang 2100 hrs..

saya telah berjumpa dengan polis bantuan syazwan dan saya telah memberitahunya bahawa kad atm bsn saya telah tersangkut dalam mesin atm bsn dan ingin membuat kad atm baru tetapi buku bank saya tiada disebabkan saya dari klang balik ke taiping untuk melihat ibu saya sakit.polis bantuan syazwan telah membawa saya berjumpa EN.MOHD IESNIZA ZAINUDDIN,NO.id:02957 manager bsn cawangan kamunting dan telah memberitahu en.iesniza bahawa kad saya tersangkut didalam mesin atm bsn cawangan kamunting dan minta jasa baik en.iesniza bahawa buku bank saya tiada kerana balik melihat ibu sakit dikampung.en iesniza memberitahu saya dengan suara tinggi kerana kad saya sangkut dia jadi masalah dengan orang atasannya bahawa mesin atm bsn jadi lebihan duit didalam dan saya memberitahunya saya pun tidak minta kad bank saya tersangkut didalam atm bsn.



saya memberitahu en iesniza bahawa saya ingin membuat kad dan mengatakan buku bank saya hilang.lalu en eisniza memberitahu saya kena photostat kad pengenalan saya dikedai photostat luar bahawa photostat bsn tidak boleh digunakan untuk photostat ic saya.selepas saya photostat ic dikedai luar dan kemudian saya ambil no giliran dan telah berjumpa dikaunter 4 dengan norzaimah bt mat noor no.id:03497 lalu datang en.iesniza dengan nada yang tinggi dan kurang ajar memberitahu saya kad atm berwarna hitam diakui tidak pernah rosak cip dan stuck didalam atm bank dan dia memberitahu saya mungkin saya xpandai mengunakan kad atm bsn dan xpandai menjaganya.saya memberitahunya bahawa kad bank bsn selalu cip rosak saya banyak kali dah menukar kad atm dari warna merah ke hitam masih jugak rosak.

semasa percakapan tue ada customer lain pown membuat kad atm warna hitam cip rosak.sy membuat aduan ini kerana tidak berpuas hati dengan cik iesniza manager branch kamunting kerana bercakap kurang ajar dan memalukan saya di depan orang lain dan saya telah bercerita dengan orang kat situ dan orang disitu memberitahu bahawa beberapa kali dah en iesniza memarahi orang tetapi tiada tindakan dari orang lain.saya membuat aduan ini. supaya tindakan diambil terhadap cik iesniza kerana saya tidak mahu orang kampung dan orang lain dilayan buruk oleh cik iesniza.minta pihak hq bank simpanan nasional ambil tindakan terhadap en iesniza yg tiada budi bahasa dan sombong..

Walau bagaimanapun, pihak kami di Berita Sangat Serius(BSS) tidak pasti sejauh mana kesahihan cerita ini.. kita cuma dengar dari sebelah pihak sahaja.. kita tunggu kenyataan balas dari sebelah lagi pihak.. Bertabahlah!!

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment