Selepas pelakon wanita meluahkan rasa bengang terhadap sikap jururawat beberapa hari lalu, seorang lagi wanita menzahirkan rasa sama terhadap perkhidmatan dan layanan yang diberikan oleh petugas hospital.
Bayangkanlah, ibu mengandung yang terpaksa menahan kesakitan namun petugas disitu seolah-oleh lepas tangan untuk menjaga kebajikan pesakit-pesakitnya.
Sudahlah begitu, layanan yang diberikan juga sangatlah teruk. Siapa yang tak bengangkan?
Bukan Tak Mampu Nak Pergi Private Hospital Tapi…
Terbaca kisah org bersalin kt Hospital Kuala Pilah td. Terus teringat pengalaman i bersalinkan Emran kt Hospital Sungai Buloh (HSB). Memang byk negatif feedback pasal bersalin kt HSB dan i pun sebenarnya mmg taknak bersalin kat HSB tapi kuasa Allah kan. Bkn tak mampu nak pergi private hospital tapi bila ingat pesan my mum, kenapa nak bazirkan duit kalau sakit dia sama, baik beli barang baby yg berkualiti. Tambah pulak i keje dgn gov. Lagilah tak payah bayar apapun. I tak faham sesetengah orang tu sampai sanggup berhutang or guna kad kredit utk bayar charge bersalin kat private hospital, bersalin je lah kat gov hospital. Bukan semua gov teruk like HSB. Contoh terbaik is Hospital Ampang, first class okeh layanan dorang!
**Don’t get me wrong. Klu mmg betul2 mampu tu bersalin je lah kt private hospital. Takde sapa halang aih. I am referring to some people yg tak mampu tp buat2 mampu.
Duduk & TIDUR Atas Kerusi Je…Dah La I Ada Slip Disc Menahan Sakit Pinggang Plus Contraction Tu Lagi
1pagi 1/9/2015 – At 38weeks, disebabkan ni anak ketiga dan dah turun tanda, i ajak hubby pergi hospital.Hubby pulak sebab takut false alarm, dia ajak pergi HSB sebab tu je hospital yg paling dekat dengan rumah i. I taknak tapi sebab malas nak gaduh, i diam je lah. Sampai je kat PAC hospital, minah mcm bagus kat kaunter tu dah cakap katil takde n expect up to 48 hours utk tunggu katil kalau kena warded. Dalam pukul 5 pagi bila houseman check, dia cakap dah buka 3cm, i cakap i nak pergi Hospital Ampang sebab anak no 1 n 2, i bersalin kat sana. Dia cakap ok tapi kena tunggu pakar pukul 8 pagi. Bayangkanlah dari pukul 3 pagi sampai pukul 8 pagi i duduk kat kerusi tu. Kematu bontot okeh! I yang buka 3cm ni ok lah lg. Ada yg dah buka 5cm pun kena duduk kat kerusi tu lg. I tengok air mata dorang meleleh je tahan sakit. Yang almost terberanak kat kerusi tu pon ada.
Lebih kurang pukul 9 pagi, pakar datang check, dia cakap dah buka 3cm going to 4cm n dia tak kasi balik sbb ikut procedure. I bagitahu dia yg i bkn nak balik tp i nk pergi hospital lain (masa ni mmg nak pergi TMC je sebab tu yang paling dekat). Dia ckp jalan jammed kalau terbersalin atas jalan siapa nak tanggung. I cakap kalau i dah sign borang discharge tu, then bukan tanggungjawab HSB lg if anything hpn to me. So dia mtk houseman discharge kan i tapi sampai sudah nan hado!
Nak dijadikan cerita, my progress was very poor. Jalan ada tapi contraction takde. Bayangkan lah dari masuk sampailah 4/9/2015, kitorang (referringNurazura Ramlilii n few others yang dah jadi kawan sebab admitted hari yang sama) duduk n TIDUR atas kerusi je sebab takde katil katanyer. Cakap 48jam, ni dah lebih kot! Kakak yang uri kat bawah pon kena duduk atas kerusi. Stress wei. Nasiblah hubby tunggu kat luar. So asal pergi kat hubby, i nanges. Dah la i ada slip disc, menahan sakit pinggang plus contraction tu lagi. Mula2 hubby buat tak layan, tp bila i tunjuk gambar kat bawah ni, terus dia pun nanges sama.
Sampailah final day (4/9/2015) i kat PAC tu, datang sorang houseman yang baik n very professional ni, nama dia Dr Amir kot kalau tak silap. Dia cakap dia akan cuba buat yang terbaik n kalau pukul 9 pagi takde progress jugak, dorang akan tolak jugak masuk labour room (LR).
“Panggil Lah Suami Dia Ni, Semak” – Nurse
9 pagi 4/9/2015 – Time tgh tunggu hubby dtg bwk roti canai n horlicks ice, nurse panggil cakap nak hantar pergi LR. I cakap kejap i belum sarapan. Boleh dia kasi i 5minit je pergi makan. ???? Tak sempat mkn, i minum horlicks je then terus doktor pasang branula, i pun masuk lah kat LR.
Salah satu sebab i taknak bersalin kat HSB ialah suami cuma boleh masuk bila dah buka 10cm. Apakah? Patutnya suami lah kena tenangkan isteri masa tgh sakit contraction tu kan! Dah puas i merayu dkt nurse LR cakap yg i nak hubby tp dorang tak layan. So setiap kali sakit, sambil zikir tu i pun nangis2 panggil nama hubby (nak panggil mama, mama dah takde). Last skali dia bagi jugak hubby masuk bila jalan dah buka 9cm tp siap sound, “Panggil lah suami dia ni, semak dah dengar dr tadi dok nak daddy, nak daddy!” Ekeleh… nasib lah aku tengah sakit.
Banyak Yang Mulut Macam Puaka Dari Yang Baik Hati
Ada nurse yg baik hati (tapi lg byk yg mulut mcm puaka dr yg baik hati) kat PAC cakap kat i suruh buat surat bertulis kat pengarah dorang. I’ve done that tapi takde reply lg. Hopefully lepas ni akan ada perubahan lah kat HSB. Kesian ibu2 yang nak lahirkan umat Muhammad kena treat mcm PATI. Tidur atas lantai beralaskan selimut hospital je. Serious i sedih!
SUMBER
0 comments:
Post a Comment