PM 'Tundukkan Playboy Itu' Kurang Ajar Dan Biadap. Maki Hamun Media Di Set Pengambaran?


Dek kerana publisiti yang meluas dan disebut sebut sebagai akasia of the year, membuatkan kami teruja untuk mendekati pengambaran ini, lalu seperti biasa kami mencari no phone PM itu untuk ke set pengambaran. PM nya yang bernama Joe Merong, yang terkenal dengan kehebatannya mengendalikan job job besar dan berprofil tinggi. Lalu kami pun menghubunginya, kami bersyukur kerana panggilan pertama kami dijawab dan beliau meminta kami menghubungi beliau dalam masa 20 minit kerana beliau dan team hendak move ke next location.



20 minit berlalu, kami menghubungi beliau semula seperti yang dijanjikan, panggilan kami disahut dan malangnya beliau terus memaki hamun kami tanpa memberi salam. kami cuba menenangkan beliau yang sedang marah ketika itu, dan beliau memaki hamun kami dengan perkataan yang "Ish tak sanggup kami nak cakap di sini" Lalu beliau mematikan panggilan itu.

Bagus sangat ke cerita ni? Tahu lah dalam cerita tu ada kereta mustang yang dipakai oleh Vin Diesel dalam Fast Furious 4 dan berpuluh lagi kereta mewah yang lain, serta lokasi penggambaran yang gah dan grand gituw. Rasa macam tak sabar kami nak tengok drama ni pada 17 February ni.



Beberapa hari kemudian, kami kuatkan juga semangat untuk menelefon beliau ( Joe Merong ) untuk menemubual beliau dan para pelakon, sekali lagi kami di maki hamun tanpa belas dan kasihan dan beliau mengeluarkan kata kata kesat seperti "Hmm tak mampu kami nak type disini"

Pesanan kami kepada beliau, yes yes kami tahu anda seorang PM yang hebat dan terkenal serta di cari oleh producer, kerana kehebatan anda mengendalikan projek besar dan berprofil tinggi, tapi anda kena ingat yang kami pun manusia macam anda juga, tak bagi pergi set takpe, kami faham. Bayangkan kalau salah sorang dari keluarga anda berada di tempat kami, apa perasaan anda?



Tepuk dada tanya selera, anda fikirlah sendiri. Hmm tak sabar kami nak tengok hasil kerja PM Tundukkan Playboy itu, katanyaaa hebat. Ye ke? Apa lagi, Zuan Bikin panas, kau tak panas ke baca benda ni ?





















Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Sepanjang saya kenal pm ni.. Walaupun saya buat salah. Tak pernah di nak marah or maki maki
    .. macam tak percaya jeee..

    ReplyDelete