Kita semua sedia maklum bahawa berlakunya pergolakan antara Palestin dan Israel sehingga menyebabkan jumlah kematian ramai. Kita tengok dekat surat khabar dan gambar-gambar di sosial media pun memang dah cukup buat bulu roma kita naik. Syukur lah, negara kita tak alami ujian yang berat macam tu.
Bekas juara Akademi Fantasia, Mawi menceritakan pengelaman menarik, seram dan pelik ketika menjalani penggambaran dokumentari ketika berada di Palestin dan Israel. Banyak perkara yang Mawi kongsikan melalui Malaysian Digest dan kami pasti, mungkin anda terkejut dengan kisah Mawi di sana. Guulp!
“Ia sebenarnya berbeza dengan apa yang sering digambarkan..”
Mawi akui perasaan takut dan risau ada dalam diri bila menjejakkan kaki di bumi Israel. Dingin izin Allah S.W.T, semuanya berjalan dengan lancar dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku..
Kita biasa dengar tentang bahaya dan bermacam lagi cerita mengenai keadaan di dua negara ini tetapi apabila saya sampai di sana, ia sebenarnya berbeza dengan apa yang sering digambarkan.
Apa yang boleh saya katakan, tempat-tempat tersebut suasananya harmoni dan persekitarannya bersih. Bayangkan, Tel Aviv suasananya seperti di Singapura, bersih.
Suruh baca Al-Fatihah sebagai bukti Muslim
Kami masuk ke negara tersebut melalui Jordan. Saya bersama 10 kru saya dan selebihnya adalah ahli rombongan yang hendak pergi bercuti.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Cuma, setibanya kami di sempadan Tel Aviv, kami menjalani pemeriksaan ketat dan ditahan lebih kurang tiga jam. Kami dimaklumkan kerana masalah pasport sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan.
Kalau jalan-jalan di sana, orang-orang di sana tidak terlalu menganggap kami orang asing. Mereka hanya tahu kami dari Asia.
Ada juga yang bertanya sama kami muslim atau tidak, apabila kami jawab ya, mereka minta kami baca surah Al-Fatihah sebagai bukti kami muslim.
Terkejut tengok anak muda pegang M16 di pasar
Satu lagi pengalaman menarik, ketika di Tel Aviv, saya sempat pergi ke pasar malam di satu kawasan di situ. Ketika sedang berjalan-jalan saya ternampak dua anak muda remaja yang hanya memakai seluar pendek dan baju-t tetapi apa yang mengejutkan saya mereka memengang senjata jenis M16 sedang berlegar-legar di situ.
Rupanya memang sentiasa ada remaja yang memang seperti sudah biasa membawa senjata jenis itu di mana-mana. Agak terkejut juga saya melihatnya, mulanya saya ingat senjata permainan tetapi memang senjata sebenar. Mungkin itu cara mereka berkawal.
Sumber: Malaysian Digest
0 comments:
Post a Comment