Shikin Maembong, Isteri Chef Riz Selamat Lahirkan Bayi Perempuan



Berkahwin pada 5 Disember 2014, Chef Riz serta isterinya, Shikin Maembong kini telah pun bergelar ibu dan ayah. Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh ayah Shikin Maembong, iaitu Ismail Embong, isteri kepada Chef Riz itu telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 17 Mei yang lalu. Jutaan tahniah diucapkan kepada Shikin Maembong dan Chef Riz.




Kalau berdasarkan pengiraan kasar kami, Shikin Maembong baru hamil 6 bulan dan telah pun melahirkan bayi perempuan ini. Kemungkinan besar cahaya mata Chef Riz dan Shikin dilahirkan tidak cukup bulan. Sama-samalah kita doakan agar bayi comel ini diberikan kesihatan dan membesar dengan sihat. Mungkin nanti Chef Riz dan Shikin akan buat sidang media untuk mengumumkan berita gembira ini.




Apa pun tahniah buat Chef Riz, Shikin Maembong dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Semoga dengan kehadiran si comel ini akan menyerikan lagi hidup mereka sekeluarga. Buat Shikin, selamat berpantang.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment